Wednesday, April 24, 2002

Tgh blur ari nih

Sepanjang hari ni dan hari Sabtu akan datang, aku akan sibuk menjalani kursus kemahiran perisian Macromedia Freehand 10. Seronok juga belajar menggunakan perisian ini kerana ia lebih canggih dari perisian Adobe Photoshop yang aku dok guna selama nih. mmmmm ..... sebelum ni , aku termiss kursus Macromedia Dreamweaver UltraDev ...... kerana terpaksa menyibukkan diri menyiapkan kerja yang bos kasi...... biasala bila jadik orang bawahan ni kan Pearl .... terima je la arahan walaupun kadang - kadang rasa cam kena buli jek.

Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 6.00ptg .. aku masih lagi di bilik ku, ku kira pejabat ... hari ni betul - betul takde mood la Pearl ... sepatutnya pada waktu sekarang aku sudah berada di gelanggang bola tampar, menjalani latihan tapi ketiadaan mood telah sama sekali membantutkan keinginanku untuk turun petang ini. Mmmm.. kenapa ya hari ni aku tak de mood? adakah kerana setelah aku membaca ....... atau kenapa ? ntahla.. aku keliru.. dan aku tak suka dengan perasaan ini. Kau tahu kan Pearl ? Aku teringin nak cerita kat seseorang .... tapi aku tak tau camner dan aku rasa cam takde peluang jer... arrghh... biarlah ...

Pearl... tak sabar rasanya nak tunggu kedatangan hari esok.. nak tahu kenapa ? Kerana ibu kesayanganku akan datang ke sini melawat aku ... ishh... alangkah beshnya kalu aku dah ada keta sekarang nih .... bleh bawak dia pi jejalan kat area Kedah ni .... tapi Allah tak izinkan aku memiliki suma tuh lagi... tak pe .. sabar2 ye ...Dan hari esok juga cuti hari pertabalan Agong ..... mmmm... nak ke mana aku besok ekk ? lepak kat umah je la .. sambil tunggu mama sampai ... oklah .. nak balik laa.. member pon dah sampai .. kesian lak dia tunggu lelama

Monday, April 22, 2002

Hari ini merupakan hari pertama percubaanku meng"online"kan jurnalku ....jika selama ini aku hanya mencatatkan suka duka hidupku di dalam diari yang berbentuk buku, aku cuba melakukan sedikit perubahan ..... perubahan diri sendiri ..... hehehehehehe~.... kenapa aku namakan jurnalku ini sebagai "Permata Biru" ? kerana beberapa sebab :
1. Pertama Biru adalah nama diariku selama ia wujud di mana ia menjadi tempat aku meluahkan segala apa yang terbuku di hati kerana telah menjadi sifatku, agak payah untuk menceritakan apa yang bermain di minda pada orang lain.
2. Aku suka sangat permata ... dan juga warna biru merupakan warna kegemaranku. Aku pernah dihadiah permata / mutiara Sabah oleh seorang teman di tempat kerja lama .... niat dihati ingin aku jadikan 2 biji batu mutiara tersebut sebagai batu permata cincin, tapi sampai sekarang aku masih belum mampu untuk melaksanakan. Nantilah, mungkin satu masa akan tiba juga.

oklah .... aku penat sangat hari ini , nak rehat laa.... .... sepanjang hari kursus.... pening jugak kepala.. tapi dalam masa yang sama aku suka juga situasi yang sibuk, sekurang-kurangnya ia membantu melegakan kesedihan di hati ini yang entah bila akan hilang.