Tuesday, May 28, 2002

Tanggal 28 Mei 2002 - mmmm sudah hampir 3 minggu aku menjalani hidup baru di sini dgn tugas baru, suasana baru, rakan2 baru dan segala - galanya baru. Aku gembira....mmm.. olehla dikatakan gembira ....... namun tidak dapat dinafikan aku juga sedikit sebanyak merindui suasana di tempat lama .....rindu pada teman2 tersayang > Nurul, Use, Kak Keyra, Shahadan ( kaki mengusik n teman bergaduhku setiap hari, wakakakaka~ ) ..... di sini, walaupun jauh dari perkara yang menyedihkan aku tapi aku masih tetap rasa kesunyian dan keseorangan ..... tiada teman untuk berkongsi lagi apa yg aku rasa..... Nurul... akak rindu padamu, saat2 kita bersama bergurau senda, bergaduh, merajuk dan menangis ...... akak masih ingat lagi, bagaimana dirimu juga turut menitiskan airmata di saat akak dilanda kesedihan .... kita sama dik, nasib kita cuma mungkin dikau lebih baik dari akak.

Aku gembira dgn tugasku yang baru di sini, mungkin kerana aku sememangnya meminati tugas baruku, sekurang2nya kesibukan ini dapat membuatkan aku tidak teringat atau berfikir tentang kenangan pahit yang lalu yg sememangnya tidak ingin aku ingat lagi.

Pearl,
Tahukah kau , minggu lepas aku telah dikejutkan dgn satu berita, satu perkara yang aku tak sangka akan terjadi. MAsih ingat lagi pada salah seorang instructor dari KL yang mengajar kursus kemahiran perisian multimedia ? Namanya Saiful Amri, orang N9. Beberapa hari sebelum hari perkahwinan dia , dia ada datang menghantar kad jemputan padaku di sini, Cosmopoint dan menyatakan hasratnya agar aku dapat hadir di kenduri kahwinnya nanti. Aku hanya mengucapkan terima kasih kerana sudi menjemputku padahal antara kami bukannya rapat, dia instructor dan aku adalah salah seorang daripada peserta kursus tersebut. Kemesraan hanya terjalin mungkin disebabkan oleh sikap ku yang gemar bertanya. Aku menyatakan padanya bahawa aku tidak dapat berjanji apa-apa, semuanya bergantung pada keadaan.

Sebenarnya dari mula dia menghubungiku, aku sudah merasa sesuatu yg ganjil walaupun dia kata dia hanya ingin berkawan dgnku. Ganjil kerana :
1. Macam mana dia boleh ingat dan tahu ID yahoo messenger ku
2. Dalam ramai2 peserta, kenapa dia boleh ingat nama penuhku beserta dengan tarikh lahir ku ....

kau tak pelik ke Pearl ???? Aku sendiri pelik tapi aku diamkan saja dengan menyimpan anggapan dia benar2 ingin berkawan denganku dan aku tidak mahu tahu sebab apa dia memilih untuk terus berkawan dengan ku setelah selesai kursus tersebut sedangkan dengan orang lain tidak. Namun, ternyata apa yg terjadi pd gerak hatiku adalah betul dan aku sungguh tak menyangka ...tiba2 aku dapat panggilan telefon dari dia ... terkejut ... tapi atas dasar kawan, aku layan juga. Lama kami berbual2, dan dalam perbualan tersebut, dia ada menyatakan kenapa baru sekarang kami bertemu dan kenal, kenapa tidak dari dulu . Terkedu aku mendengarnya ...... pelik kenapa tiba2 ayat itu yg terlontar dari mulutnya tapi aku diamkan saja kerana aku dapat merasakan sesuatu. LAntas aku cuba ubah topik ..... tanya apa perasaan dia sebab tak lama lagi dah nak jadi raja sehari .... respon yg aku dapat hanyalah " ntah la.... rasa cam biasa jer " sekali lagi aku pelik ... tak gembirakah dia akan berkahwin dengan org yang dicintainya? tapi seperti biasa , soalan itu hanya bermain di fikiran sahaja .... aku cuba untuk membangkitkan kegembiraannya.

Segala persoalan tersebut terjawab akhirnya apabila 2 hari sebelum hari dia akad nikah, dia telah menghantar satu sms padaku .